Friday, November 25, 2011

Saya,

  


Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan




Risau. Dengan diri sendiri.



Huruf-huruf itu
Andai diatur betul
Ada hati memahami

Baris-barisnya
berdiri tegak di balik  suci
rangkaian ilham
tersendiri

Sejenak menulis
seribu melimpah

sepuas mencurah
segala terserlah

kalam tak pernah jemu
yang jemu itu
engkau.

-Najihahusna.



Saya kira saya nak buat penjernihan. Atau penghijrahan?
Ya lah, setelah hampir dua tahun mencampakkan isi-isi otak pada blog ini. Lantas apa yang saya mahukan sebenarnya. Kadang-kadang saya sendiri hilang punca. Haih.

Sedih kan, tak tahu kenapa menulis. 
Lalu, saya pun lalu lalang ke sana sini.  Kalau-kalau saya temui apa makna menulis. 

Jumpa ini,,

"Mereka yang tidak putus-putus amalannya ialah, mereka yang menulis" -ahli falsafah. 

dari kak Husna, yang tak suka diperhati tu. heh.

Jadi,

"Orang yang menulis, perlu lebih banyak membaca daripada menulis." - Ust. Pahrol Md. Juoi.



Ok. Ok.
Buat pe nak menulis nih.

1. Menulis melatih bahasa.
2. Sebarkan maklumat. Ilmu. 
3. Untuk dikritik.
4. Mardhatillah.

Yang last tuh wajib la kan. Tapi betullah, penulis perlu sedia dikritik. Kesempurnaan tanpa kritikan tiada nilai. Sekurang-kurangnya saya tahu mana betul mana salah, mana patut tambah patut tolak. 

Dengan tulis tujuan secara jelas camni baru saya nampak saya rasa. 
Paling kurang, biar saya ingat lah, yang membaca bukan saya seorang. 

Berdozen entri pun saya keluarkan, jika tanpa niat yang lurus. Takkan sampai pada hati-hati mereka.

Innamal 'amaalu binniat, kan? Harapnya tiada selekoh di mana-mana lah. Papan tanda dah melambak, saya yang tak pandai baca peta. Tersesat jugak kadangkala.

Bantulah saya. Menulis dengan hati. Moga dengan lurusnya niat, apa yang terluah, tercecah pada hati-hati yang mahu. Lantas membiakkan rasa hamba.








Kerana saya pun bukan sempurna.





   “Menulis adalah permainan dalam bahasa”
Nietzsche.




senyum.

Saturday, October 22, 2011

His Call.





In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful








Mungkin bukan saya yang paling tepat untuk mengekspresikan.
Pengalaman pertama ke sana membuat kita semakin rindu. 

Semalam, menghantar makcik dan pakcik ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Menjadi tetamuNya, menunaikan haji sesi 2011. Alhamdulillah. :)



Dalam kereta, perjalanan ke sana, ayah bercerita  semangatnya Uwais Al Qarni. Seperti biasa, kisah yang selalu diulang ayah. 

Uwais, menggendong si ibu di bahu dari Yaman. Semata-mata mahu tetap pergi menunaikan Haji. Dan kisah pengakhirannya pasti sudah mantap kita tahu.
Lalu kisah itu pun hanya menambah rindu.

Dilanjutkan dengan kisah-kisah pengalaman mama dan ayah sewaktu di sana.

Sampai sahaja, melihat ratusan orang. Menghantar keluarga tersayang dengan doa moga selamat memeluk Haji yang Mabrur.



Pada waktu yang ditentukan, semua jemaah diminta mendaftar masuk. Serentak dengan itu, talbiyah dialunkan .




Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.




Senja di An-Nabawiyy. Madinatul Munawwarah.


Menghapus rindu.


Dari sudut ini
Di atas sejadah ini
Bersama hati yang kering ini


bersujud sepi aku


Menikmati
setiap titis


damai tenangnya
berada dekat dengan nabi-Mu


dan rinduku pun terhapus.


Masjid AnNabawi.
Jun 2011.





Al Haram. MakkatulMukarramah.




Doa Si Tua.

Berjalan
Melihat
Berpijak

Pada tanah ini.

Ribuan manusia menadah
Ramai mengerah tangisan
Sungguh-sungguh

Seorang tua kulihat bersujud
lama

Lepas beberapa tika
Si tua  selesai

Bergerak aku mendekati
Bertanya

Si tua bercerita
Doanya moga
jiwanya teguh

seperti Al-Qarni

cintanya pada ibu
cintanya pada Tuhan.


Ruangan Babul Fathi.
Al Haram, Jun 2011.

_______________________________

Dalam musim-musim haji begini,
Kita merindui.

Moga musim-musim mendatang,
hati tak kering rasa.

Thursday, September 1, 2011

Memaknakan.





In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful






Tak semua orang yang kita tahu, kita kenal dekat.
Mungkin kenal secara permukaan saja.
Mungkin hanya tahu nama. Duduk entah kat mana, belajar apa, kita malas nak tahu.
Tambah-tambah, kita selalu fikir, "alaahh, lama-lama tahu lah tu."

Dan tak semua orang yang kita kenal dekat, kita tahu secara rapat.
Mungkin kenal separa-separa saja.
Mungkin selalu jumpa.
Mungkin selalu tegur.
Tapi tak pernah dalami mereka.

Bila raya-raya macam ni.
Barulah rasa zuuq nak kenal semua orang.

Dan orang pun pelbagai.
Setiapnya ada cara tersendiri.

Ada yang sambut raya sambil menghidang makanan sampai perlu beli meja baru.
Ada yang sambut raya sambil melaram sakan. Bling sinisana  :)
Ada yang sambut raya sambil melancarkan mercun-mercun berpandu ke rumah jiran-jiran.


Kalau begitu ,,
Apa maknanya raya pada aku dan engkau.

Dalam Islam, AidilFitri tu kembali kepada fitrah.
Dan fitrah Islam itu ialah bersederhana. Yup, be moderate.


Relaxla brader sista, time puasa tak bole makan, time ni lah kita melantak. Bile lagi?


Alaaa, time raye je I pakai camni. Sekali setahun kottt.


Sorry kak. Tapi kitorang memang dah pakat nak lawan bunyi mercun dengan geng kampung sebelah.


Ok. Semua tu memang tak salah.
Kalu hazaf semua mende tuhh, tak meriah le raye dek oi. Ye tak?

Sangat bagus untuk memeriahkan suasana. Tapi, as always friends,,
Be moderate.


Makan ikut syariat.
Pakai ikut syariat.
Main ikut syariat.

As simple as that. 
Tapi saya sendiri susah nak praktikkannya. It's alright lah.
Sikit-sikit, pelan-pelan.
At least, kita mencuba kan?



Wondering sometimes,
kalau semua orang faham dan hadam apa itu AidilFitri,, mesti best kannn. :)

Friday, August 26, 2011

Hidup.


In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Al-Haram. Jun 2011.



Ramadhan. Rahmat. Dekat. 
Kadang yang terlalu dekat membuat mata tak mampu melihat.

Dulu ayah selalu cakap;
"Orang-orang soleh tangisi pemergian Ramadhan, tapi kenapa kita berbahagia meninggalkannya?"

Waktu tu kecik-malas nak fikir- tak matang- nak duit raya (?).

Meninggalkannya pun jadi jauh lebih meriah dari menyambutnya.
Allahu Allah.

Perjalanan yang panjang. Membuat kita melihat. Berfikir . 
Lantas, memahami apa sebenarnya.
Maksud - Hidup.


Moga Allah hantar rasa itu.
 Sedih meninggalkan.
Berharap dipertemukan.

__________________________________________


Ujian untuk mereka yang teguh. Doa seluruh warga Bumi Waqafan untuk al-akh.
Moga Allah menguatkanmu. Tiada yang sia-sia. Dia tahu kita semua mampu.



YA SYAFII isyfi a'nhu. 



Friday, July 29, 2011

Pra Ramadhan.


In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful






Betapa ini mungkin yang kita nantikan.
Selamat bertarung dengan kawan yang paling dekat -  nafsu.






Dekatnya kasih abang dan adik.


Allah bersama kamu.



Ramadhan diberi.

Biar nanti saya ingat orang-orang seperti mereka ini. Kalau tidak, mesti saya selalu buang-makanan-makan-malam-yang-tak-habis.

Biar nanti saya dapat rasa walaupun hanya setitis daripada apa yang mereka rasai.

Biar nanti saya-tak-komplen-masakan-DM-yang-selalu-berkuranglebih-dalam-menetapkan-kuantiti-gulagaram?.

Biar nanti saya selalu tahu  masih ramai tidak menjamah apa-apa berhari-hari.

Berminggu-minggu.

Berbulan-bulan?

Biar saya jadi lebih bersyukur!


Moga pengakhirannya damai.
Dunia akhirat.

_________________________________________

Di sekolah semua sibuk bercakap pasal Pra. Pra itu dan ini.

Tiba-tiba, terfikir .

 Pra Alam Barzakh. 

Yup, we're the candidates!

Telan air liur. Banyak - banyak .
Saya belum bersedia ?

Allahu Allah.

____________________________________________


Ramadhan kedua tanpa abang. Mungkin saja adek tak tahu, manisnya lebih dirasai di sana. Selamat Mendiami Ramadhan, abang.







selamatlahuntuksemua,

Saturday, July 9, 2011

Memandang,



In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful.





Cara kita memandang  itu yang menjadi punca.





Entri ini tercetus setelah dua hari pulang ke rumah. Ya, setelah meletakkan diri saya di 'dunia luar'.
Juga setelah saya membaca perihal kamu, Amnah Rasyiqah.
Juga setelah segala yang saya depani di Bumi Waqafan itu.




Apa yang kita dapat tergantung pada bagaimana kita melihat. -Ust. Hasrizal Abd. Jamil.




Lalu, memandang itu harus bagaimana?



" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~