Showing posts with label ~bedahBUKU~. Show all posts
Showing posts with label ~bedahBUKU~. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

JR.





Dengan Nama Tuhanku Yang Maha Menciptakan






 Saya pilih ayat ni untuk terapi diri  . :)






Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[Al-Ankabut: 69]
....


Alhamdulillah .
Antara nikmat paling nikmat setelah diadun sebati dengan sibuknya sekolah  hampir sebulan, adalah mengambil waktu untuk memanjakan diri . :)


Dan  memanjakan mata dan emosi dengan melihat ratusan buku-buku tersusun di depan mata pun cukup buat hati rasa lapang . 
Entah , tapi sangat suka bau buku .  :)


Ke Pantai Timur beberapa hari .
Ke Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan . Juga Negeri Anjung Ilmu, Terengganu .
Sesekali keluar dari sesakpadat Lembah Klang . Alhamdulillah .
Berbaloi .




Lagi berbaloi bila dapat sesuatu, kan .
Syarikat Jaffar Rawas (SJR ) , Kota Bharu ,  Kelantan membuatkan ia jadi berbaloi-baloi. Aha .






Saya kira ni antara pustaka buku terbaik dan terkenal kat Kelantan . Rugi besar tak singgah. Masuk ke dalam dengan hati berbunga . Seolah-olah ada taman dalam hati . 
Cehhh . Melihat  buku-buku yg sangat banyak, tersusun . 
Hati lapang .


Lalu , membeli pun dengan perasaan   " nak tunggu datang sini lagi , entah bila " .
Peluang dimanfaat semaksimum mungkin . Errp .


Hasil .   ;






Tapi , ini yang paling menambat . Menelan isi-isinya yang sangat jatuh ke hati .










"Hidup ini begitulah, ada waktunya jiwa kita kosong dan semangat kita hilang bukan kerana kita tidak berdoa dan lupa kepada Allah, tapi kita tidak berusaha bagi memperolehnya kembali. " - Usamah.


"Pada saat kamu sudah tahu kejayaan jenis apa yang perlu dikejar oleh penulis, pada saat itulah kamu sudah menjadi penulis yang disayang Tuhan . " - Johari Salim


" Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah , seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya . " 
Riwayat Tabrani.



Itulah . Buku - buku tu pun hanya mampu disusun di rak buku rumah buat masa ni . 
Hanya mampu terselak sehelai dua . 
Disusun yang paling depan , dan dilekat sticker  ' mustread ' . 
Biar membacanya nanti  penuh semangat . Mengingat kembali waktu riangria ketika mendapatkannya . Hehe .


Oh, plannya nak  dapat khatam lepas exam akhir bulan 12 nanti lah .
Inshaallah .
....


JR. kedua .
Pastinya untuk bakal-bakal  junior  yang mendaftar minggu depan . :)
Kita merancang . Allah merancang .
Namun perancangan Allah itu yang terbaik . 
Banyak yang menanti ditemui , insyaallah .



Minta padaNya dalam membuat pilihan. Selamat melangkah ke Dunia Batu Kaca . ^^,


Juga selamatlah buat kami . Yang belum khatam khatam dalam latihan menjadi kakak yang selayaknya . Ahah . 





* untuk adikadik generasi baru bumi waqafan . bolehlah baca ni - "Kan Best Kalau Saya Masuk Kisas" . tulisan sahabat dr  SBPI Gopeng (iGOP), Perak - AFIFAH . kalau-kalau membantu dalam membuat pilihan, kan. but still , istikharah dan berbincanglah . selamat membuat pilihan yang tepat . ^^,



Assalamualaikum .  :)






healing - we're never too old to keep learning. fastaqim .


healing 2  -  Istimewa >  Selamat memanfaatkan modal umur yang  ada,  Aishah Sopi 
. Moga dalam jagaanNya selalu . Selamat Menjangkau Tujuh Belas. :)
                             

Wednesday, December 7, 2011

CCTV.


Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan





Kadang-kadang kita lupa kan yang kita ni selalu dilihat.
Oleh Tuhan Yang Paling Atas.


Hukhuk. 
Pengalaman yang terkena pada pipi sendiri. Rasanya ramai juga yang dah rasa ni. 


Hari ni saya habiskan masa di perpustakaan negeri yang baru *dan sangat best . Jumpa teman-teman lama. Juga mintak budi baik mereka mengajarkan saya Bahasa Arab gara-gara rasa ketinggalan jauh dengan mereka. Heh. 


Sampai-sampai, ramai orang.
Lalu, kami pun memilih meja yang paling strategik. Agak-agak takde orang kacau dan tak bising. Ehemm, juga jauh dari kaunter. *librarians susah datang kacau. haha. 
Habit saya, makan masa belajar. Hilang ngantuk, hilang bosan. Biasalah, makanan ringan yang sihat. (?) 


Tanpa rasa bersalah, saya hidangkanlah makanan dan minuman *penyegar minda*   , kat atas meja kami. Makan- bincang- minum- belajar. Masa tu, memang tau salah. Eheh, buat do no je lah. Bukan ada orang lain kat sini. 




Beberapa jam kemudian.
'
'

"Maaf ye dik, ni semua atas meja ni adik punye ke?."
"A'ah." 
"Ni untuk pengetahuan adik ye, makanan dan minuman memang dilarang ye di sini."
"Err, walaupun air mineral?" * Dengan nada tak puas hati sambil menggoyang-goyangkan botol mineral.*
 Librarian mengangguk yakin. 
Kami tunduk bersalah.  Botol dan makanan *berkhasiat*  tu pun disumbat dalam beg. Err, dengan penuh rasa malu.
Librarian pun berlalu meninggalkan kami.




Satu langkah, dua langkah, librarian  berlalu. Tiba-tiba timbul rasa pelik. Macamana ye dia boleh detect penyeludupan selicik ini. Hmm, lokasi cukup strategik, bawak masuk sorok-sorok. 

"Mungkin ada cctv lah tu mana-mana."  Teman saya mengagak. 


Tupai memang pandai melompat, tapi ke tanah juga akhirnya. *dush*


Mungkin ini pelajaran besar buat kami. 
Jangankan pakcik librarian itu - mampu mengesan kejahatan kami walau apa cara. 

Inikan pula Dia.
Yang memang memegang tadbir alam. 
Yang memang pasti menguasai segala pandang dan lihat. 
Yang coverage nya memang sangat luas.

Mana mungkin cakap-pandang-baca-umpat-malas-riya' yang selalu kita rutinkan tu terlepas.
Yang baik akan dihitung. Yang jahat juga dihisab.





Sudah-sudahlah tu Husna . Hentikanlah segala penyeludupan yang entahapaapa. 


Kita ini diperhati. Jadi, hati-hati.
________________________________
Astagfirullah.


healing - Terima kasih khaulah, hanis nabihah, zahra, azlin, syahiirah, azimah, huda, 
              nabilah! Allah saja mampu membalas pengorbanan kalian. :)


Wednesday, March 16, 2011

Buku. Cermin mata.


dengan nama Tuhanku yang menciptakan


Pandangan Hidup Muslim .

+++

Buku.
Saya pun dah lupa bila saya mula mencintainya. Yang pasti ia bermula bila saya rasa hati saya terjun dan minda saya melompat bersama ke dalam aliran cerita dan kisah dalam setiap buku yang saya baca.

Okey, baru beli Pandangan Hidup Muslim – Prof. Dr. HAMKA. 
Dan sangat teruja menelan isi-isinya.


“Ek eleh, budak kecik macam ko baca buku orang tua-tua ni? “
“Aik, tak layan Hlovate ke?”
“Kakinovel keluar buku baru weyh…”


Cumanya, saya memang  budak kecik (yang mungkin belum patut baca bahan berat camtu?).


Tapi, saya nak jadi budak kecik yang berfikiran besar. Boleh?


Lepas berjalan-jalan ke beberapa laman blog lain, agak ramai yang menulis tentang Prof Dr HAMKA ni. Jadi, saya pun tertawan nak miliki karyanya. 

Pandangan Hidup Muslim ni masuk list buku WANTED saya tahun ni. Kira dah langsai satu la nih. :)



Dan mangsa-mangsa seterusnya;

1. The Secret – Rhonda Byrne
2. Hero – Hilal Asyraf 
3. Matahari – Hilal Asyraf
4. Negeri 5 Menara - A . Fuadi 
5. A Doctor in The House, The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohammad
6. Maryamah Karpov – Andrea Hirata
7. Bumi Cinta - Habiburrahman El Shirazy
8. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck – Prof Dr HAMKA




Dan Pesta Buku Antarabangsa [22 Apr – 1 Mei 2011] tahun ni menjadi sasaran.
Tak dapat jumpa semua, salah satu pun cukup melonjakkan jiwa. :)

..........

“Pangkalan tempat bertolak, pelabuhan tempat bersauh”.
Dan potongan kata HAMKA itu pun perlahan-lahan meresap masuk ke dalam.
Moganya sampai kepada yang paling dasar.
^^

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~