Wednesday, March 16, 2011

Buku. Cermin mata.


dengan nama Tuhanku yang menciptakan


Pandangan Hidup Muslim .

+++

Buku.
Saya pun dah lupa bila saya mula mencintainya. Yang pasti ia bermula bila saya rasa hati saya terjun dan minda saya melompat bersama ke dalam aliran cerita dan kisah dalam setiap buku yang saya baca.

Okey, baru beli Pandangan Hidup Muslim – Prof. Dr. HAMKA. 
Dan sangat teruja menelan isi-isinya.


“Ek eleh, budak kecik macam ko baca buku orang tua-tua ni? “
“Aik, tak layan Hlovate ke?”
“Kakinovel keluar buku baru weyh…”


Cumanya, saya memang  budak kecik (yang mungkin belum patut baca bahan berat camtu?).


Tapi, saya nak jadi budak kecik yang berfikiran besar. Boleh?


Lepas berjalan-jalan ke beberapa laman blog lain, agak ramai yang menulis tentang Prof Dr HAMKA ni. Jadi, saya pun tertawan nak miliki karyanya. 

Pandangan Hidup Muslim ni masuk list buku WANTED saya tahun ni. Kira dah langsai satu la nih. :)



Dan mangsa-mangsa seterusnya;

1. The Secret – Rhonda Byrne
2. Hero – Hilal Asyraf 
3. Matahari – Hilal Asyraf
4. Negeri 5 Menara - A . Fuadi 
5. A Doctor in The House, The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohammad
6. Maryamah Karpov – Andrea Hirata
7. Bumi Cinta - Habiburrahman El Shirazy
8. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck – Prof Dr HAMKA




Dan Pesta Buku Antarabangsa [22 Apr – 1 Mei 2011] tahun ni menjadi sasaran.
Tak dapat jumpa semua, salah satu pun cukup melonjakkan jiwa. :)

..........

“Pangkalan tempat bertolak, pelabuhan tempat bersauh”.
Dan potongan kata HAMKA itu pun perlahan-lahan meresap masuk ke dalam.
Moganya sampai kepada yang paling dasar.
^^

8 comments:

tepianmuara said...

=)

Pandangan Hidup Muslim.

Baca elok-elok.
Baca pelan-pelan.

ada yang menanti ditemui.

minnedina said...

salam...wah nampaknya ada beberapa buku yg sama ngan cita rasa zinnirah.....
hrpnya kita dpt jumpa kat PWTC nanti jika jodoh kita panjang...

tentang pembacaan buku anti...hrpnya anti bersedia dan dipermudahkan utk menyampaikan ilmu di dada....jgn malu2 tau...

Anonymous said...

bile aku tgk ko...trase kecik sgt ilmu aku...btul ar, biar kte kcik, tpi berfikiran besar...doakan aku utk mjadi seorg y sntiasa nk tingktkn ilmu dunia n akhirat...

p/s: aku cemburu tgk org bce buku agama, sbb aku ske mndengar...

alya ! said...

sayang bestari kehilangan anda.

najihahusna said...

[tepianmuara]

Terima kasih.

Setelah mengekstrak beberapa muka hadapan.
Saya akui kata-kata anda.

Memang patut,
dibaca pelan-pelan.
dibaca lambat -lambat.

agar tiada satu pun maksudnya yg saya tertinggal.

[minnedina]

ya,ya. kita kan sehati? :)
PWTC? insyaallah!

saya rasa saya perlu khatamkan 5 kali baru hati saya cukup untuk sampaikannya pula. HAMKA buat saya terkedu!

[anonymous]

err, saya masih bertatih, merangkak.
ilmu pun belum sejengkal.


saya doakan kita semua punya fikiran besar!

(dan selalu berusaha belajar utk dekatkan diri padaNya... :))

ameen~


[alya!]

sayang lagi Bestari kehilangan seorang Alya.

dan segala idea ceria dan helah tawa milik anda.

kita jumpa 10/4 ya?

blogwalker said...

cerita maryamah k. tu mcm susah nak paham,ari tu ad cube bace.bhse dy tggi sgt kot.

kami hamba ALLAH said...

salamun alaik
yaa BookFair xlama lagi
inshaallah, bertemu kita disana

najihahusna said...

[blogwalker]

oh ye? mungkin kot. tengoklah penulisnya..

[kamihambaAllah]

waalaikumusslm.
insyaallah!

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~