In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful
Tak semua orang yang kita tahu, kita kenal dekat.
Mungkin kenal secara permukaan saja.
Mungkin hanya tahu nama. Duduk entah kat mana, belajar apa, kita malas nak tahu.
Tambah-tambah, kita selalu fikir, "alaahh, lama-lama tahu lah tu."
Dan tak semua orang yang kita kenal dekat, kita tahu secara rapat.
Mungkin kenal separa-separa saja.
Mungkin selalu jumpa.
Mungkin selalu tegur.
Tapi tak pernah dalami mereka.
Bila raya-raya macam ni.
Barulah rasa zuuq nak kenal semua orang.
Dan orang pun pelbagai.
Setiapnya ada cara tersendiri.
Ada yang sambut raya sambil menghidang makanan sampai perlu beli meja baru.
Ada yang sambut raya sambil melaram sakan. Bling sinisana :)
Ada yang sambut raya sambil melancarkan mercun-mercun berpandu ke rumah jiran-jiran.
Kalau begitu ,,
Apa maknanya raya pada aku dan engkau.
Dalam Islam, AidilFitri tu kembali kepada fitrah.
Dan fitrah Islam itu ialah bersederhana. Yup, be moderate.
Relaxla brader sista, time puasa tak bole makan, time ni lah kita melantak. Bile lagi?
Alaaa, time raye je I pakai camni. Sekali setahun kottt.
Sorry kak. Tapi kitorang memang dah pakat nak lawan bunyi mercun dengan geng kampung sebelah.
Ok. Semua tu memang tak salah.
Kalu hazaf semua mende tuhh, tak meriah le raye dek oi. Ye tak?
Sangat bagus untuk memeriahkan suasana. Tapi, as always friends,,
Be moderate.
Makan ikut syariat.
Pakai ikut syariat.
Main ikut syariat.
As simple as that.
Tapi saya sendiri susah nak praktikkannya. It's alright lah.
Sikit-sikit, pelan-pelan.
At least, kita mencuba kan?
Wondering sometimes,
kalau semua orang faham dan hadam apa itu AidilFitri,, mesti best kannn. :)
No comments:
Post a Comment