Friday, November 25, 2011

Saya,

  


Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan




Risau. Dengan diri sendiri.



Huruf-huruf itu
Andai diatur betul
Ada hati memahami

Baris-barisnya
berdiri tegak di balik  suci
rangkaian ilham
tersendiri

Sejenak menulis
seribu melimpah

sepuas mencurah
segala terserlah

kalam tak pernah jemu
yang jemu itu
engkau.

-Najihahusna.



Saya kira saya nak buat penjernihan. Atau penghijrahan?
Ya lah, setelah hampir dua tahun mencampakkan isi-isi otak pada blog ini. Lantas apa yang saya mahukan sebenarnya. Kadang-kadang saya sendiri hilang punca. Haih.

Sedih kan, tak tahu kenapa menulis. 
Lalu, saya pun lalu lalang ke sana sini.  Kalau-kalau saya temui apa makna menulis. 

Jumpa ini,,

"Mereka yang tidak putus-putus amalannya ialah, mereka yang menulis" -ahli falsafah. 

dari kak Husna, yang tak suka diperhati tu. heh.

Jadi,

"Orang yang menulis, perlu lebih banyak membaca daripada menulis." - Ust. Pahrol Md. Juoi.



Ok. Ok.
Buat pe nak menulis nih.

1. Menulis melatih bahasa.
2. Sebarkan maklumat. Ilmu. 
3. Untuk dikritik.
4. Mardhatillah.

Yang last tuh wajib la kan. Tapi betullah, penulis perlu sedia dikritik. Kesempurnaan tanpa kritikan tiada nilai. Sekurang-kurangnya saya tahu mana betul mana salah, mana patut tambah patut tolak. 

Dengan tulis tujuan secara jelas camni baru saya nampak saya rasa. 
Paling kurang, biar saya ingat lah, yang membaca bukan saya seorang. 

Berdozen entri pun saya keluarkan, jika tanpa niat yang lurus. Takkan sampai pada hati-hati mereka.

Innamal 'amaalu binniat, kan? Harapnya tiada selekoh di mana-mana lah. Papan tanda dah melambak, saya yang tak pandai baca peta. Tersesat jugak kadangkala.

Bantulah saya. Menulis dengan hati. Moga dengan lurusnya niat, apa yang terluah, tercecah pada hati-hati yang mahu. Lantas membiakkan rasa hamba.








Kerana saya pun bukan sempurna.





   “Menulis adalah permainan dalam bahasa”
Nietzsche.




senyum.

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~