Saturday, April 6, 2013

Tak payah risau, orang Islam bukan baca pun .

Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan .



Moshe Dayan


Belajar berbagi dengan hati yang luas . Sebanyaknya .
Itu gol saya tahun ni . 
Oh, saya memang bukan orang yang akan meletakkan azam pada setiap tarikh 1 hari bulan Januari setiap tahun .
Saya belajar untuk meletakkan gol untuk setiap perancangan saya, setelah banyak perkara yang Allah izinkan untuk saya lalui .
Kita hanya boleh beri, apa yang kita ada . - Dr Muhaya .

Terdiam .

Sejak sekolah rendah, saya bukanlah orang yang terlalu into sangat dengan buku .
Bila saja ada program NILAM , mulalah acara salin sinopsis buku . Eheh, sinopsis pendek-pendek belakang kulit buku .
Semestinya salin sinopsis tanpa baca pun isi penuh buku tu .
Kadang-kadang salin dari buku NILAM kawan . =.=

Saya taktau, saya memang alergik dengan apa-apa yang berkaitan dengan program NILAM . 
Leceh . Rumit .

Sampai satu hari saya jumpa ini,
"Read, and you'll conquer the world . " -Napoleon Bonaparte

Sejak tu terasa ada orang baling batu tepat kat muka .

Apa yang saya mampu beri, kalau saya sendiri kosong ?
Apa yang saya nak sumbang, kalau saya tak tahu ?
Nak kuasai dunia ? Pigi dah .

 

Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya . 

Pertama, umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau
Kedua, umat Islam tak merancang  dengan teliti .
Ketiga, umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca .
Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu .
Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ? 
"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya baca pun . "

*pengsan* 

--
2 , 3 hari lepas . Akak beriya-iya mengadu pasal jumlah buku bacaannya 
yang katanya sangat sikit . 

Ehemm, petanda baik nak ajak akak manja dengan buku .
Akak memang agak busy . Tambah-tambah dah jadi pelajar tahun 3 .
Dengan tesisnya segala .

Duduk duduk sambil pegang buku susah nak jadi pilihan . Banyak lagi benda lain nak difokus .

Saya tahu tak senang.
Tapi, bila fikir balik apa yang pakcik Moshe Dayan tulis . hmmphh .

Ada jugak beberapa sahabat mengadu pasal hubungan mereka dengan buku .

Sekali lagi saya tahu ini tak mudah .
Setiap orang berbeza .

Tapi, ini yang saya cuba buat awal-awal dulu .



Ini paperwork, saya panggil . *paperwork la sgt*

Cuba letakkan target jumlah buku yang kita nak baca dalam satu tempoh .
List down buku-buku yang kita nak baca . 

Ini, biar  nampak mana dah baca, mana belum .
Ini, biar  ingat, ada gol yang perlu dicapai.

Letaklah paperwork ni  kat tempat yang mudah kita usha hari-hari . Kalau saya, lebih suka tampalkan pd peti ais di dapur. Walaupun taknak tgk, tapi mesti akan tertengok juga. :p

Oh, lagi satu .
Sangat perlu untuk cooperate dengan orang yang rapat  .
Mereka akan berfungsi dengan baik kalau ada minat dan misi yang sama .

Kongsi buku, suggest buku, pesta buku .
Dan dalam banyak hal yang terindah dalam mencintai sahabat dan buku,
kita mula belajar tentang jiwa mereka .

uhhh . >.<


Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A Fillah .


Dalam dekapan ukhuwah, segalanya terasa manis .  ^^


Saya mula semuanya dengan perlahan .
Saya mula semuanya dengan keterpaksaan .

Biarlah walaupun beberapa perenggan je sehari .
Biarlah walaupun beberapa muka je sehari .


Ini cara saya . Gol saya .
Dan setiap kita unik .

Anda, buatlah cara apa pun, macam macam mana pun .
Kan comel kalau sekurang-kurangya cuba,
cuba sama-sama .

Transform ,
jadi umat Islam yang tak suka untuk tak membaca .

Kelak, dunia kita genggam .
Yakinlah .

--
 Pakcik Napoleon Bonaparte .
 Pakcik Moshe Dayan .

 terima kasih . ^^,




Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[Al-Ankabut: 69]




Ya Allah, pilihlah kami menjadi orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agamaMu .

bukankah indah bila hati dan akal sedang berusaha mengekang hal-hal kecintaan yang lain, dan terfokus: penuh dan sungguh, pada hal yang memang selayaknya dicintai ?-kak umairah

moga ini terlihat sebagai usaha kecil kita, untuk memenangkan Islam .

peace!
selamat membaca .
selamat istiqamah .







-- makin banyak langsir baru warna ala-ala daun segar dah dipasang tepi jalan . oh, patut pun rasa 
    tenang semacam .  :)
   

6 comments:

ae said...

err, saya tak minat untuk membaca . tapi, itu dulu . sekarang x bole kalau x de buku .

sampaikan gi kedai teman mak pon, still bawak buku untuk dibaca . mana tahu ade masa senggang . hm, tapi tika kerata x berjalan .
(saya tak bole baca buku dan kenderaan bergerak..nanti kluar kereta, mula pening2 dan mungkin juga akn muntah)...huhu

tapi, membaca MEMANG BEST GILER !!

:)


btw, langsir2 baru ala2 daun itu, ayah saya juga antara pemasangnya .. pheww . ^^

#peace *tanda aman

najihahusna said...


>ae

thumbs up :D
motion sickness, huhu husna pun .
tak bole baca dlm kereta bergerak . -.-

#may allah bless ur father :)

hainil fatihah mohd fauzi said...

Love to read~
Terbaik lah. Penulisan yang amat baik untuk saya.
:)

najihahusna said...

> hainil

keep it up, my dear .

selamat mencintai buku . ^^

farasye said...

boleh saya share post ni?

najihahusna said...

silakan, no problem :)

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~