dengan nama Tuhanku Yang Menciptakan,
"Aku rasa macam mana pun, penulis tulis apa yang ada dalam diri. Lebih-lebih puisi. Sebab selalunya ada kesan emosi. Atau lebih dalam dari itu, alir bawah sedar.
Yang pakar tentulah lebih mampu mengada-adakan. Menyelami orang, dan menulis dari situ. Seperti pelakon-pelakon filem yang kita suka, tentu sudah berkali-kali kita ketawa dan menumpahkan air mata kerana mereka, Tapi aku rasa exception proves the rule.
Jadi aku rasa persoalannya bukan verbal atau pemikiran datang dulu, tapi diri yang menulis, bagaimana dia dibina, dalam mana telaga jiwa, luas mana pengalaman hidup, dan apa yang pernah menghancurkannya.
.
Rasanya tiada penulis berazam ingin menulis tanpa etika. Untuk kita, penulis yang baru bermula, aku rasa tidaklah perlu terlalu ditekankan keperluan 'mencari dan menampilkan kebenaran'. Lebih penting rasanya, ditekankan kepentingan membangun peribadi yang baik, sehingga kebenaran tidak perlu disolek dalam tulisan, tapi mengalir, mengairi, dan menyuburkan jiwa khalayak.
Tentulah, sebenarnya tiada pertentangan pun. Masing-masing adalah bahagian dari yang lain. Cuma, kadang-kadang mendengar 'kebenaran' diseru-seru dipaksa-paksa ditekan-tekan agak menjengkelkan.
"Membacalah bila kau berkehendak tahu.
Menulislah bila kau tahu kehendakmu."
- diekstrak dari tulisan pasangan adik beradik al akh Haniff Zikri dan kak Hanis Zikri, senior di sekolah atas bukit dulu.
@blog tepianmuara
---
dan tulisan yang sering gagal buat aku tidak jatuh cinta kepadanya tentulah dari kak Nur Farah Ahmadi. Walaupun aku selalu membaca lewat dari status-status fb nya sahaja. Tetapi sungguh magis, kerana tanpa mengenalinya pun, setiap alir katanya bisa tembus jatuh ke dalam jiwa.

Lantas menghidupkan, membangkitkan semangat yang kelam.
Tiada yang meragukan. Kerana bagiku, ini pasti dari kedekatan hubungannya dengan Allah. Sehingga tanpa perlu melihat si penulis atau bahkan mengenalinya sekalipun, Allah lebih dulu menghantarkan rasa itu pada kita.
Maka begitulah.

Memaknakan seorang penulis adalah apabila memperelokkan diri menjadi yang utama, sebelum kata-kata dan tulisannya. Bahkan, iman dan hati yang compang-camping pasti melahirkan tulisan yang compang-camping juga.
Kerana perjuangan menjadi penulis bukan sekadar beraksi dalam pentas kata-kata, terlebih dulu dari itu ia terkait seteguh apa iman, sebersih apa halaman jiwa.
Kalau nak menulis, Pertamanya membaca, Kedua membaca, Ketiga membaca, Keempat membaca, Kelima baru menulis. -A Samad Said.

Allah, bimbingkan kami untuk tumbuh menjadi manusia-manusia yang membaca, dan kemudian mampu menulis pula, untuk Ummah tercinta.
4 comments:
Tersangat betul,
Rasa sangat bilamana seakan tidak mampu menulis, bila kurangnya membaca, paling tidak jugak kerana kurangnya mengembara.
Dan pasti saja kerana retaknya hubungan dengan Allah taala.
Jazakillah untuk ini,
Husna :')
Ameen untuk doa yang terakhir tu :')
P/s : husna pergi ke talk ust.salim??
Mashaallah org Mansoura, terkejut bila tiba2 komen kat sini. ^^`
Lama dah rasanya tak mesra2 di blog kan? Huhu.
Btw, tak dapat pergi talk ust salim T.T
Ada urusan lain haritu. Sedihnyaa, padahal dekat dah tu. Kat ukm je. Takpalah, rezeki lain kali pulak inshaallah. :')
haah, sebab jarang-jarang nak bukak blog pun,
tapi masih saja merindui momen-momen tu hehe.
hah,
ni dapat bukak pula bila tengah study week (uhh-mujahadah betul nak lawan perasaan nak baca buku vs baca blog haha)
ohh ya ka,
mungkin rezekinya berangkat ke indon suatu hari nanti, eh hehe :)
insyaAllah ada rezekinya,
cuma mungkin belum tiba,
kan ?
:')
Post a Comment