Dengan Nama Tuhanku Yang Maha Menciptakan
Malam ni malam raya.
Tapi, raya saya yang ini bukan biasa-biasa.
Salam Aidil Adha untuk semua.
:)
:)
__________________________________________________
Sungguh, saya cinta pengalaman.
Dulu, hasrat saya sekadar mencari pengalaman. Sekarang saya sedar, proses 'mencari' pengalaman itu sendiri adalah pengalaman.
Dan saya semakin menghargainya.
Terlalu banyak pengalaman yang saya kaut tahun ini. Walaupun belum sampai hujungnya, tapi sudah cukup buat saya fikir kembali.
Betapa Allah datangkan pengalaman itu untuk memberi pelajaran dan pengajaran .
Pelajaran untuk minda.
Pengajaran untuk hati.
Dan saya tahu, pengalaman itu takkan dapat saya rasai, tanpa kewujudan manusia-manusia di sekeliling saya yang mungkin bertindak sebagai perantara kepada sesuatu pengalaman itu sendiri.
Allah sudah atur semuanya, kerana Dia mahu saya faham.
Dan ingat.
Pengalaman yang positif. Ambil manfaat.
Pengalaman yang negatif. Kutip iktibar.
Apabila saya berfikir kembali seperti ini, saya jadi malu sendiri.
Betapa hinanya jika saya tidak bersyukur.
Allah datangkan semuanya agar saya dapat belajar sesuatu dan jadikan ia sebagai panduan buat menempuh perjalanan.
Pastinya perjalanan manusia biasa yang mencari cinta dan redhaNya. Perjalanan yang diselimuti badai.
Allah sudah suluhkan cahaya.
Saya yang menutup mata.
Cuti kali ini, saya akan buka ruang yang seluasnya untuk koreksi diri.
Cetusan dari sahabat saya, Hanis Nabihah. Ruang yang paling luas di dunia ini adalah ruang untuk memperbaiki diri.
Itu memang tak dinafikan, kan .
Doakan saya kuat sentiasa.
Kerana saya tahu, tu juga tidak mudah.
Dan tahun hadapan, dengan izinNya, saya akan kembali dengan saya yang baru.
Sekali lagi, doakan saya kuat.
_________________________________________________
2 comments:
peng-alam-an
pengalaman, ilmu yang terserap dalam diri hasil interaksi dengan alam.
interaksi hati dengan alam.
interaksi akal dengan alam.
> tepianmuara
setuju.
dan kerana interaksi itulah saya jadi diri saya yang ini, hari ini.
Post a Comment