Wednesday, December 29, 2010

Tenggelam.



Dengan Nama Tuhanku Yang Maha Menciptakan



Membelah hutan. Sungai Kuala Tahan, Pahang.







Sekian lama terapung,
tanpa ada jejak.


Kuingin terus tenggelam.
Dalam tunduk khusyuk
pada agungnya
Pemilik Segala Tahu.


Ramah mesra bersama Tumbuhan Hijau 2010.
Hening pagi, Taman Negara Kuala Tahan - Pahang.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mood kembali ke sekolah. Aha!
Moga kami kuat. Cabarannya berganda.




syukursampaimati,


Friday, December 24, 2010

pabila alam menjadi guru .




In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful




Alhamdulillah.
Allah belum bagi peluang kami jadi tetamunya tahun ni. Hikmahnya, Dia gerakkan kami berjalan lebih jauh di bumiNya untuk teroka indah ciptaan dan kebesaran yang dijadikan. Subhanallah.

Beijing menyambut kami.
Sangat-sangat besar dengan kepadatan penduduk lebih 20 juta manusia. Belum campur dengan organisma-organisma lain yang melata. Boleh bayang tak?




Makan di sini - Xinjian Muslim Restaurant .


Semua ahli rombongan. Gambar kenangan, semua berbaris rapat. Di Tian'enmen Square.



first day - Terpaksa tutup muka, masih belum bole adapt dengan cuaca. Semua mula selesema.
Matahari terik, tapi dah macam feeling masuk dalam freezer. Adeyy~



Bird Nest Olympic Stadium .
Style mane pun stadium ni, takkan terjadi tanpa izinNya kan?



Kali pertama jumpa , Tafsir Quran Arab - Mandarin.



The Kun Ming Lake.



Tasik dah beku. Tapi, salji masih malu. Orang sana kata, ni extraordinary. Biasanya, salji dah turun. Belum rezeki kami la ni... Alahai, global warming ~



Tinggalan Saad Ibn Waqqas.
Niujie Mosque - Masjid Tertua Beijing
Hampir sesat dalam ni. Besar. Sangat.


Ni dalam masjid. Teruja, tgk orang Cina solat. Selama ni, tak pernah.
Ceiling + tiang, penuh kaligrafi. Cantik? Serius, rasa nak bawak balik. :)



Depan masjid.
Bahagia sungguh. Teruja tak bila tengok org cina pakai kopiah sambil senyum?
Tu Pakcik Yusuf. Heh, panggil pakcik mesra sikit~




Ruangan wanita di Nan Dou Ya Mosque.



Great Wall of China.
Kat sini angin kuat, sejuk. Cepat-cepat turun, tak tahan. Heh.




Alhamdulillah, mama jumpa sahabat sematriksnya kat sini lepas 20 tahun. Makcik Hazanah.  Tapi, kat Malaysia tak pernah jumpa pulak? Allah atur semuanya .

Kadang kita tak menjangka, kan? Kasih bertaut kembali di Bumi Cheng Ho. ecehhh.



Cabaran pertama - Solat Subuh di kaki lima Beijing Capital Airport.



Kilang Sutera - ramah mesra dengan ulat sutera. :)
Ayah kata, jangan tengok cantiknya sutera. Tengok cantiknya susunan Allah, sutera terhasil drpd ulat.


Tour Guide kami - Mr. Max Xu


Tian'enmen Square - terbesar di dunia ni.


Yang terakhir ni istimewa. Matahari ucap selamat tinggal. Tuh pasal berkilau extra sikit kot. hehs.


traffic jam.

_____________________________

Maaf lah, gambar di The Forbidden City atau dalam bahasa Cina, Zijin Cheng, tak dapat nak upload. Cerita jelah ye.

Dibina 600 tahun lampau pada zaman Dinasti Ming. Ni tempat tinggal Maharaja. Kira paling ekslusif la . Hmm, pernah dengar Cheng Ho? Tipu tak pernah.

Ayah cerita. Ni hasil pembacaannya dari buku Rahsia Islam di China dan Laksamana Cheng Ho , tulisan Ann Wan Seng (saya ada tulis pasal beliau dalam entri sebelum ni) . Maharaja (yang beragama Islam) ada yang gunakan Kota Larangan untuk rahsiakan ibadah yang dilakukan daripada rakyat jelata.

Mungkin takut rakyat terkejut . Sampai camtu sekali .

Subhanallah.
Tapi, untuk hal-hal sejarah camni, masih perlu kajian yang mendalam, kan?


Haa, nak tahu lebih, rajin-rajinla tanya Pakcik Google. 
dah tau, silasilalah share juge .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujan 'salji' di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri.

Lebih best di negeri sendiri .

Lepas pengalaman ni, rasa lebih sayang kat Malaysia. Entah, naturally. Tapi, Malaysia memang superb la. Ye laa, tanah bumi berpijak, siapa tak sayang. :)

Moga hati-hati kami menjadi lebih bersyukur. Kebesarannya di mana-mana.

Saya hanya ingin berkongsi. Moga apa yang kami rasa, dapat membiak dalam hati-hati kalian juga. Tak banyak, tempias pun jadi la kan.

Sebab, kebesaran dan kekuasaanNya senang kita lupa. Moga mata hati kita masih bisa hidu hebatnya.

.............................................................

PMR - Alhamdulillah. Syukur, Allah izinkan rasa sikit dari nikmat kejayaan. Moga Dia terus mudahkan setiap perjalanan.



Tuesday, December 21, 2010

Cahaya


In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful



nampak tak cahaya mentari kat belakang tu, alahh dia malu-malu laa.
maaf lah, pokok dah takde daun, sekarang sedang winter
tapi sayang, salji masih segan.




Kias angin sampaikan
Cahaya itu sudah jauh
Apakah mungkin kan kembali?
Ah, lelah kaki menapak
Mengah nafas tak sudah
Yang tinggal, hanya sisa sisa nyawa
Yang kumohon ada kuatnya
terbaki di mana-mana
Sungguhku nyatakan
Aku mahu cahaya itu
Sinari hati kelam
Mahu kukejar
Andai mungkin dapat
Moga mampu diikat erat
Namun moga aku juga terus tahu
Cahaya apa pun
Ia milikNya.


Beijing - 201210
_______________________


Sedang rasa debarnya - tak henti. Tipu sungguh kalau tak rasa. Saya, masih cuba pupuk 'yakin'.
Apa pun, semua dah termaktub (pinjam word ye haziya? ), tinggal lagi kita yang perlu belajar apa tu 'terima'. Dan perjalanan mempelajari 'terima' tu perlukan cahaya.

Moga saya dapat rasai cahaya yang sebenar.
Dia takkan uji yang kita tak mampu. Yakin okey?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Saya tulis ini untuk diri. Kerana saya tahu, 'yakin' saya belum cukup. Kita sama-sama ya??

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~