Friday, December 24, 2010

pabila alam menjadi guru .




In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful




Alhamdulillah.
Allah belum bagi peluang kami jadi tetamunya tahun ni. Hikmahnya, Dia gerakkan kami berjalan lebih jauh di bumiNya untuk teroka indah ciptaan dan kebesaran yang dijadikan. Subhanallah.

Beijing menyambut kami.
Sangat-sangat besar dengan kepadatan penduduk lebih 20 juta manusia. Belum campur dengan organisma-organisma lain yang melata. Boleh bayang tak?




Makan di sini - Xinjian Muslim Restaurant .


Semua ahli rombongan. Gambar kenangan, semua berbaris rapat. Di Tian'enmen Square.



first day - Terpaksa tutup muka, masih belum bole adapt dengan cuaca. Semua mula selesema.
Matahari terik, tapi dah macam feeling masuk dalam freezer. Adeyy~



Bird Nest Olympic Stadium .
Style mane pun stadium ni, takkan terjadi tanpa izinNya kan?



Kali pertama jumpa , Tafsir Quran Arab - Mandarin.



The Kun Ming Lake.



Tasik dah beku. Tapi, salji masih malu. Orang sana kata, ni extraordinary. Biasanya, salji dah turun. Belum rezeki kami la ni... Alahai, global warming ~



Tinggalan Saad Ibn Waqqas.
Niujie Mosque - Masjid Tertua Beijing
Hampir sesat dalam ni. Besar. Sangat.


Ni dalam masjid. Teruja, tgk orang Cina solat. Selama ni, tak pernah.
Ceiling + tiang, penuh kaligrafi. Cantik? Serius, rasa nak bawak balik. :)



Depan masjid.
Bahagia sungguh. Teruja tak bila tengok org cina pakai kopiah sambil senyum?
Tu Pakcik Yusuf. Heh, panggil pakcik mesra sikit~




Ruangan wanita di Nan Dou Ya Mosque.



Great Wall of China.
Kat sini angin kuat, sejuk. Cepat-cepat turun, tak tahan. Heh.




Alhamdulillah, mama jumpa sahabat sematriksnya kat sini lepas 20 tahun. Makcik Hazanah.  Tapi, kat Malaysia tak pernah jumpa pulak? Allah atur semuanya .

Kadang kita tak menjangka, kan? Kasih bertaut kembali di Bumi Cheng Ho. ecehhh.



Cabaran pertama - Solat Subuh di kaki lima Beijing Capital Airport.



Kilang Sutera - ramah mesra dengan ulat sutera. :)
Ayah kata, jangan tengok cantiknya sutera. Tengok cantiknya susunan Allah, sutera terhasil drpd ulat.


Tour Guide kami - Mr. Max Xu


Tian'enmen Square - terbesar di dunia ni.


Yang terakhir ni istimewa. Matahari ucap selamat tinggal. Tuh pasal berkilau extra sikit kot. hehs.


traffic jam.

_____________________________

Maaf lah, gambar di The Forbidden City atau dalam bahasa Cina, Zijin Cheng, tak dapat nak upload. Cerita jelah ye.

Dibina 600 tahun lampau pada zaman Dinasti Ming. Ni tempat tinggal Maharaja. Kira paling ekslusif la . Hmm, pernah dengar Cheng Ho? Tipu tak pernah.

Ayah cerita. Ni hasil pembacaannya dari buku Rahsia Islam di China dan Laksamana Cheng Ho , tulisan Ann Wan Seng (saya ada tulis pasal beliau dalam entri sebelum ni) . Maharaja (yang beragama Islam) ada yang gunakan Kota Larangan untuk rahsiakan ibadah yang dilakukan daripada rakyat jelata.

Mungkin takut rakyat terkejut . Sampai camtu sekali .

Subhanallah.
Tapi, untuk hal-hal sejarah camni, masih perlu kajian yang mendalam, kan?


Haa, nak tahu lebih, rajin-rajinla tanya Pakcik Google. 
dah tau, silasilalah share juge .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujan 'salji' di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri.

Lebih best di negeri sendiri .

Lepas pengalaman ni, rasa lebih sayang kat Malaysia. Entah, naturally. Tapi, Malaysia memang superb la. Ye laa, tanah bumi berpijak, siapa tak sayang. :)

Moga hati-hati kami menjadi lebih bersyukur. Kebesarannya di mana-mana.

Saya hanya ingin berkongsi. Moga apa yang kami rasa, dapat membiak dalam hati-hati kalian juga. Tak banyak, tempias pun jadi la kan.

Sebab, kebesaran dan kekuasaanNya senang kita lupa. Moga mata hati kita masih bisa hidu hebatnya.

.............................................................

PMR - Alhamdulillah. Syukur, Allah izinkan rasa sikit dari nikmat kejayaan. Moga Dia terus mudahkan setiap perjalanan.



8 comments:

zinnirah said...

gmbar yg first day tu....sekali pndg dah tau yg mana satu gerangannya....nak tau sbb apa ...sbb beg yg dipakai...hehe

analisiszikri said...

wah..bestny dy da smpi negara kuasa besa dunia..dgn meningkatny populiriti muslim di situ..

jeles~mesti dpt byk ilmu..
yelah..tuntun ilmu smpi negara China.
no wonder..

najihahusna said...

> zinnirah
hee, beg batik tu.. igt nak promote
batik malaysia, alih2, dorng promote sutera china pulak. hehe~

> kak hanis
alhmdulillah. belajarlah sampai negri China. ada pluang nnt, pergi laa. ya, ya.. rasa teruja bila jumpa saudara seiman, lagi yang tak pernah kenal seblum ni. syukur.~

amnah rasyiqah said...

wohoo!..bestnyer..
huh! org gelabah2 amik result, die gumbira2 di sana~..^^
hehe...

g-jie said...

bestnye husna..hehe..
ek,pmr cmne??

najihahusna said...

> amnah

alhmdulillah~
tym amik result tu, kte da balik Malaysia. tp, msih bermusafir tengok2 indah alam kat Taman Negara.

Maaflah mnyusahkn aritu. Anyway, thanks banyak2 ye.

> G-jie

Best sebab dpt tgk life sbhagian orang Islam kt sane. Sebnanya, mereka ni bukan mualaf. Memamg original Islam dri zaman nenek moyang. Islam bertapak skitar tahun 9 - 14 Hijrah. Kira lagi awal dari Tanah Melayu nih. Dan walaupun muka diorang Cina, tapi guna nama Islam. Contohnya cam Pakcik Yusuf tu la. hehe~

pmr, alhmdulillah. dapat tunaikn hasrat mama ayah untuk dapat straight a's. tu pun ujian dariNya kan?

nur aishah :)) said...

nk like ko pya post ni buleh x?heee.best la.

najihahusna said...

> aishah

erkk. mcm tak lyak je utk di'like'.
tulisan contengan je nih.
anyway, smue dari Dia.

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~