Saturday, March 10, 2012

Sebab Allah sayaang.


Dengan Nama Tuhanku Yang Maha Menciptakan,



" Kesihatan ibarat mahkota di atas kepala setiap manusia, tetapi ia hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit."


Dushdush.
Tepat ke jantung.




Saya sangat suka jadi orang yang sihat.
Boleh makan dengan mulut yang selesa , berjalan dengan kaki yang kuat dan tidur dengan hati yang tenang.




Ibnu 'Abbas RA. berkata bahwa Rasulullah SAW. bersabda, "Ada 2 (dua) macam nikmat yang banyak dilupakan manusia, iaitu nikmat kesihatan dan kesempatan (umur)." 
(HR. Bukhari)




Oh ya, dapat solat dan beribadah dengan sempurna . Borak dengan kawan-kawan. Tanya cikgu ini dan itu. Review Bio , buat latihan Add Math dan nota Balaghah dengan semangat . Dan macam-macam lagi .


Err, tapi  sejauh mana saya khusyuk dalam solat sewaktu sihat . Berapa banyak muka saya ngaji sewaktu lidah dan bibir masih sempurna. Sesemangat mana saya belajar sewaktu tubuh masih cergas.  Ilmu berfaedah apa yang saya dah kongsi dengan kawan-kawan atau cuma borak-borak ringan .


Memang lah kan .


"Kita hanya akan sedar kewujudan sesuatu setelah kehilangannya."

Bila Allah tarik sikit nikmat sihat , baru lah nak sedar nilainya .


" Kan best kalau sihat sepenuhnya , mesti... "
" Seronoknya tengok korang boleh telan semua makanan tuh . "
" Ruginya tak baca betul-betul buku tu hari tu. "
>.<


Baru perasan . Baru tersedar .
Macam baru terjatuh dalam gaung yang sangat dalam .
Tergolek . Cedera .


Dan parut daripada luka-luka itu yang buat kita mula mensyukuri .


Saya kira, sebelum kita mula untuk bercerita soal yang berat-berat .
Mari settle kan syukur kita dulu .


Come on with me . Sit here and do a lil' bit of reflections . :)


Dalam 20 minit break tadi , apa yang aku dah buat?
Selagi mata masih cerah ni , apa yang dah aku tengok?
On the way nak ke prep tadi , apa yang aku fikir?
Mulut yang sihat dengan gigi dan lidah yang sempurna ni, berapa banyak daging orang lain yang dah aku gigit dan jilat?


Bila Allah uji dengan sakit, baru tahu setiap saat yang berjalan tu sangat nikmat,
setiap inci 'sihat' yang ada pada tubuh sangat diperlukan . 
Ya, walaupun hanya satu sentimeter lidah yang sihat . 



 Saya rasa Allah sedang ajar saya sesuatu .
Sakit bukan suatu yang melemahkan, tapi seni kasih sayangNya yang cukup memberi kesan .

Saya  belajar untuk bersabar.
Saya jadi berazam untuk isi penuh-penuh masa sihat yang ada . *sebab tak nak menyesal kali kedua. hah.
Saya nampak orang-orang yang sangat penyayang .
Saya lebih prihatin dengan kesihatan .
Saya boleh tahu nama-nama penyakit dan ubat-ubatnya . (?)
Saya belajar lebih menghargai apa yang saya masih ada . Bukan apa yang sudah hilang .


Mungkin dengan cara ni, dosa-dosa kecil yang ada akan dihapuskan kan, Insyaallah .




Sihat tu nikmat . 
Sakit juga nikmat .


Untuk tahu beza keduanya , maka bersyukurlah. :)






وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ



Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Ibrahim 14:34)








Semua ni sebab Allah sayang lah , kan.  :)



No comments:

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~