|
Moshe Dayan |
Belajar berbagi dengan hati yang luas . Sebanyaknya .
Itu gol saya tahun ni .
Oh, saya memang bukan orang yang akan meletakkan azam pada setiap tarikh 1 hari bulan Januari setiap tahun .
Saya belajar untuk meletakkan gol untuk setiap perancangan saya, setelah banyak perkara yang Allah izinkan untuk saya lalui .
Kita hanya boleh beri, apa yang kita ada . - Dr Muhaya .
Terdiam .
Sejak sekolah rendah, saya bukanlah orang yang terlalu into sangat dengan buku .
Bila saja ada program NILAM , mulalah acara salin sinopsis buku . Eheh, sinopsis pendek-pendek belakang kulit buku .
Semestinya salin sinopsis tanpa baca pun isi penuh buku tu .
Kadang-kadang salin dari buku NILAM kawan . =.=
Saya taktau, saya memang alergik dengan apa-apa yang berkaitan dengan program NILAM .
Leceh . Rumit .
Sampai satu hari saya jumpa ini,
"Read, and you'll conquer the world . " -Napoleon Bonaparte
Sejak tu terasa ada orang baling batu tepat kat muka .
Apa yang saya mampu beri, kalau saya sendiri kosong ?
Apa yang saya nak sumbang, kalau saya tak tahu ?
Nak kuasai dunia ? Pigi dah .
Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya .
Pertama, umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau .
Kedua, umat Islam tak merancang dengan teliti .
Ketiga, umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca .
Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu .
Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ?
"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya baca pun . "
*pengsan*
--
2 , 3 hari lepas . Akak beriya-iya mengadu pasal jumlah buku bacaannya
yang katanya sangat sikit .
Ehemm, petanda baik nak ajak akak manja dengan buku .
Akak memang agak busy . Tambah-tambah dah jadi pelajar tahun 3 .
Dengan tesisnya segala .
Duduk duduk sambil pegang buku susah nak jadi pilihan . Banyak lagi benda lain nak difokus .
Saya tahu tak senang.
Tapi, bila fikir balik apa yang pakcik Moshe Dayan tulis . hmmphh .
Ada jugak beberapa sahabat mengadu pasal hubungan mereka dengan buku .
Sekali lagi saya tahu ini tak mudah .
Setiap orang berbeza .
Tapi, ini yang saya cuba buat awal-awal dulu .
Ini paperwork, saya panggil . *paperwork la sgt*
Cuba letakkan target jumlah buku yang kita nak baca dalam satu tempoh .
List down buku-buku yang kita nak baca .
Ini, biar nampak mana dah baca, mana belum .
Ini, biar ingat, ada gol yang perlu dicapai.
Letaklah paperwork ni kat tempat yang mudah kita usha hari-hari . Kalau saya, lebih suka tampalkan pd peti ais di dapur. Walaupun taknak tgk, tapi mesti akan tertengok juga. :p
Oh, lagi satu .
Sangat perlu untuk cooperate dengan orang yang rapat .
Mereka akan berfungsi dengan baik kalau ada minat dan misi yang sama .
Kongsi buku, suggest buku, pesta buku .
Dan dalam banyak hal yang terindah dalam mencintai sahabat dan buku,
kita mula belajar tentang jiwa mereka .
uhhh . >.<
|
Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A Fillah . |
Dalam dekapan ukhuwah, segalanya terasa manis . ^^
Saya mula semuanya dengan perlahan .
Saya mula semuanya dengan keterpaksaan .
Biarlah walaupun beberapa perenggan je sehari .
Biarlah walaupun beberapa muka je sehari .
Ini cara saya . Gol saya .
Dan setiap kita unik .
Anda, buatlah cara apa pun, macam macam mana pun .
Kan comel kalau sekurang-kurangya cuba,
cuba sama-sama .
Transform ,
jadi umat Islam yang tak suka untuk tak membaca .
Kelak, dunia kita genggam .
Yakinlah .
--
Pakcik Napoleon Bonaparte .
Pakcik Moshe Dayan .
terima kasih . ^^,
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[Al-Ankabut: 69]
Ya Allah, pilihlah kami menjadi orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agamaMu .
bukankah indah bila hati dan akal sedang berusaha mengekang hal-hal kecintaan yang lain, dan terfokus: penuh dan sungguh, pada hal yang memang selayaknya dicintai ?-kak umairah
moga ini terlihat sebagai usaha kecil kita, untuk memenangkan Islam .
peace!
selamat membaca .
selamat istiqamah .
-- makin banyak langsir baru warna ala-ala daun segar dah dipasang tepi jalan . oh, patut pun rasa
tenang semacam . :)