Tuesday, January 29, 2013

Manggismangga .





^klik hujung kiri atas ni . :)



Saya pernah mengimpikan sesuatu .
Untuk memiliki sebuah kedai buku . Besar .

Di dalamnya penuh jutaan buku dari setiap penulis .
Dari setiap kategori .

Layaknya seperti gergasi buku, kinokuniya klcc tu .
Namun, milik penuh muslim .

Masuk-masuk, alunan Al Quran terdengar di setiap sudut .
Staff yang mesra, menutup aurat, senang dengan senyum .

Buku-buku yang di hadapan, banyaknya buku-buku membina .
Bukan novel-novel yang mengangkat fantasi cinta palsu semata .
Bukan majalah-majalah hapak seperti manggismangga dan kerabatnya .

Tersedia . Ruangan solat. Ruangan mesra-ibu .
Ruangan kanak-kanak . Kafe keluarga . Ruangan usrah . Ruangan mesra-OKU .
Yang pasti, saya mahu membuat mereka, para pelanggan, datang dengan hati seindah taman .
Memanfaatkan waktu-waktu hujung minggu bersama keluarga . Kawan-kawan .
Ruangan usrah untuk sesiapa yang nak berusrah-halaqah .
Ruangan untuk kanak-kanak yang  fleksibel .
Kafe keluarga, untuk semua .

Yang paling penting juga saya rasa, kemudahan OKU yang selesa .
Kerana seboleh mungkin, saya tak mahu mewujudkan istilah second class customer .

Tentu bahagia sekali, bila melihat umi-abi zaman itu menjadikan kedai  buku tempat wajib shopping untuk anak-anak mereka .

Anak-anak yang dididik menjadi khalifah-khalifah, generasi Qurani yang hebat .
Generasi yang dinanti .

Insha Allah .


credit .


15 tahun dari sekarang .


Tapi Husna,

Sebelum mengurus projek akhirat, uruslah projek dalam hati dulu .
Sebelum berangan mahu memberi ilmu, baldi-timba ilmu dulu .
Sebelum semuanya, settlekan 10 muwasofat dulu .

ok ?

terinspirasi dari  sini.
***

Sewaktu Bengkel Penulisan Kfiqh yang lalu;
Oki Setiana Dewi ditanyakan tentang motivasi yang menguatkannya menulis .
Mudah . katanya ; " Saya paling senang sekali menulis saat hati rasa sangat dekat dengan Allah ".

grrrr .
mudah ?

***
Kita tak mahu kan, mengingat Rasulullah hanya ketika majlis maulid saja .
Ketika tv-tv juga radio sungguh-sungguh menyiarkan tentang Syamail Muhammadiyah .
Ketika status-status fb semuanya mengisahkan tentang sambutan kelahiran Muhammad .
Ketika blog-blog kencang dengan entri tentang sirah .

Mudah kita mengalunkan 'Law Kaana Bainana '.
Biarlah yang dialun meresap jauh ke hati .

Merasakan sosok tubuh Muhammad itu ada bersama .
Ketika bangun tidur-ke kelas-ke pasar-ke dapur-ke mukabuku-ke 'pengicau'-ke blog .
Ke mana saja .

Tak mudah, namun tak susah .
Kita mahu 'ingat' itu berterus-terusan .
Walau sudah hampir seminggu Maulid Ar Rasul berlalu .

Mahu menuju mampu .

Kita menjadi umatnya bukan bermusim-musim kan ?
Kenapa mengingatnya perlu bermusim ?
*hentaman tepat di muka *


.اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا
May Allah bless .




healing1# paksa-cuba . meng-habit-kan baca sirah nabawiyyah . namun, masih mencari-cari buku sirah yang menarik . :)
healing3# ini entri hentam diri sendiri . moga berkesan . 
healing 2# video hari ini di sini .



7 comments:

dr.adilahhebat :) said...

insyaALLAH jom jom buka share , kita partner kedai buku :DD

if that kinda bookstore we gonna have in malaysia , i'll make sure i'm the first person to rasmi , hahaa :DD

uhibbuki fillah husna <3

Jamilah Mohd Norddin said...

husna,

akak suka entri ini. Kedai buku. Semoga impian itu terlaksana. :)

najihahusna said...
This comment has been removed by the author.
najihahusna said...


> dr. adilahazizan

insya Allah . may Allah ease .
uhibbuki fillah aidhan, adilah <3

> kak jamilah

allahumma Ameen .
doa, doakan . :)

dr.adilahhebat :) said...

insyaALLAH hope so :)

Amin Al-Azmi said...

" Saya paling senang sekali menulis saat hati rasa sangat dekat dengan Allah "

tidak syak lagi :)

najihahusna said...
This comment has been removed by the author.

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~