dengan nama Tuhanku yang Menciptakan,
Tidak pernah aku teringin untuk menulis tentangnya kerana aku asyik terfikir masih banyak isu dan hal lebih berat yang sepatutnya aku ulas. Namun, atas sebab menjawab soalan adik-adik dan sahabat-sahabat muslimat yang bertanyakan buah fikirku maka aku gagahkan jua menulis.

Pertama; kondisi kita adalah dalam lingkungan umur yang baru
mula ranum. Baru selangkah kita keluar kealam sebenar, maka terlihatlah oleh
kita ragam dan rencah dunia yang pelbagai warna.
Dan kita mula menyedari hakikatnya tak mudah untuk menjaga
dan memelihara jiwa dan istiqamah. Ia manifestasi iman dan amal. Siapa yang
kuat, maka berupayalah dia terus melangkah. Allahu.
Satu perkara mudah yang aku mahu simpulkan adalah, apa yang
kita cari, maka itulah yang akan kita ketemukan. Situasi mudah. Individu A buka fb, dan dia buka serta teliti satu persatu
post-post tentang sahabat-sahabatnya yang baru sahaja berwalimah, dia lihat
gambar-gambarnya, diperhati ucapan-ucapan orang untuknya, maka apa yang dia
rasa sebenarnya. Jujurkan sajalah, tidak dapat tidak pasti terdetik di hatinya
untuk merasai semua pengalaman seperti sahabatnya. Rasa keterujaan hadir
melihatkan situasi sahabat yang berjaya menemukan jodohnya seawal usia.
Namun dari sudut yang lain, individu B pula buka fb, dan
perhati status-status serta gambar-gambar sahabat-sahabat seusianya yang sibuk
memperjuangkan isu ummah. Usia muda mereka penuhkan dengan berfikir, mencari ilmu dan turun
ke masyarakat. Status-status tentang kahwin muda dan perkara-perkara cinta
sangat susah untuk dijumpai di wall mereka. Walaupun, dia tahu usia mereka sebaya dan di tahap
menuju dewasa.
Sangat ramai contoh ikon anak muda sebenarnya antaranya, ukht Farihah Zulkifli yang menjuarai hafazan peringkat antarabangsa. Ada juga akh Muhammad bin Zahid yang jika dulu kita sering mendengarkan laungan azannya di TV9. Dan ya, sekarang aktif bersama gerakan mahasiswa di Turki. Mereka ini wujud di FB. Dan rasa keterujaan individu B membara melihatkan ada sahabat seusianya yang sudah maju melangkah dalam menyumbang sesuatu kepada ummah.

Persoalannya mudah, keterujaan
mana satukah yang kita pilih?
---
Ada yang bertanyakan pendapatku. Maka aku kira ia sebenarnya
begini, perkahwinan dan baitul muslim bukanlah tentang siapa yang paling cepat.
Tetapi ia adalah tentang orang yang tepat, pada waktu yang tepat dengan cara
yang tepat.
Waktu yang tepat itu pastinya berbeza bagi setiap orang. Dan
pastinya hanya Dia sahaja yang mengetahui untuk setiap insan itu, bilakah
masanya yang paling tepat. Sesetengah orang menganggap selagi belum habis
pengajian, maka belum cukup matang. Namun hakikatnya, ramai juga yang melewati
usia pasca pengajian tetapi masih belum mencapai tahap kematangan.
Maka ianya mungkin berbeza mengikut individu.
Teringat pesanan murabbiah satu masa dahulu tentang perkara
ini:
“Tidak perlu berasa takut jika Allah adalah matlamat dan
tujuan, tempat sandaran sepenuh pengharapan. Jaga penjuru dalam capaian kita,
dan selebihnya serahkan pada Tuhan.”
Dan dalam sesi itu ada juga yang sempat bertanyakan,
salahkah jika meletakkan sedikit pengharapan kepada manusia? Pantas murabbiah
menjawab, “ kerana manusia ini sifatnya lemah, maka harapan-harapan kepada
manusia juga lemah sifatnya. Maka tanpa ragu, gantungkan sepenuhnya pada Allah.
Sepenuhnya di sini bermaksud total. Yakni, sepenuh yakin dengan Allah. Maka,
kamu akan temukan tiada kekecewaan dan sebarang penyesalan di dalamnya. “
Ahh, terlalu manis dan indah rasanya saat murabbiah
mengungkapkan.
--
Ketahuilah, post ini lebih terkhusus untuk sahabat-sahabat
dan adik-adik muslimat yang sangat disayangi. Kerana kalianlah yang bakal
menjadi ‘madrasatul uula’ dalam sebuah baitulmuslim, maka amat besarlah peranan
kalian untuk memenuhi usia muda dengan memperdalam ilmu, bergaul dengan masyarakat dari pelbagai peringkat, dan mencari pengalaman. Seandainya saja kita tahu, bagaimana masa depan ummah ini mampu diubah dengan tangan-tangan kita, maka pasti tak sempat untuk kita berperasaan-perasaan semata-mata.
Maka, teruskan bersabar dengan sabar, usaha mujahadah *walaupun hakikatnya tersangat berat T.T dan terus memperbaiki diri dan jiwa.
Biar nanti anugerah itu menjadi terlalu indah kala kesabaran berbuah. :')

Akhirnya,
“Marriage is not about you and me. But it is about making
ummah.”
Dan pastinya,
“A man with big dream needs a woman with vision.”
"Hakikat hamba sungguh lemah. Tiada waimma sehela nafas, bahkan daya dan upaya, melainkan dengan kekuatan dari Allah.
Sedang nafas saja pun perlu bergantung pada Nya, inikan pula soal sesuatu yang bakal kita pilih, untuk kebaikan dunia dan agama.
kan?"
Sedang nafas saja pun perlu bergantung pada Nya, inikan pula soal sesuatu yang bakal kita pilih, untuk kebaikan dunia dan agama.
kan?"
Senyum redup.
Khalas.
--