Friday, December 30, 2011

Buat apa nak takut.



Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan.




2012.
Dupdap. Dupdap.
Tarik nafas. Begitulah.










Bakal kembali :)
Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah. Sangatlah tak patut untuk saya sia-siakan.


"Adik-adik, kutiplah mutiara-mutiara indah yg terdapat di bumi waqafan ni. Satu hari nanti, akak percaya, kamu perlukannya."


Belumpun kata-kata keramat itu kami hadam seluruhnya. Ia bakal berpindah mulut pula. Pastinya menjadi kata-kata yang kami pula menjadi penuturnya. Untuk diri kami, juga seluruh penyambung generasi tarbiyyah. Terus kuat. Dan kuat lagi. Insyaallah. :)


Sekarang, apa yang terfikir? Huh, perihal sibuk. Saya rindukan kesibukan. Sijil Pelajaran Malaysia menjanjikan saya dengan itu.


" SPM bukanlah penamat sebenarnya. Hanya permulaan untuk sesuatu yang lebih panjang"
 - arwah abang.


Dan lagi-lagi tak patutlah kalau sibuk-sibuk semata-mata untuk tengok A berderet dalam slip kan. Jangan Husna, jangan.


" Kalau anda berbakat keilmuan, hendak menjadi sarjana, tinjaulah Tuhan dari jendela ilmu, ke dalam lapangan alam. Alam yang diatur dengan peraturan ajaib, halus dan menghairankan.   
Bertambah dalam ilmu digali, bertambah nampak keganjilan yang baru, yang tadinya belum diketahui. Bertambah yakin kita bahawa semuanya ini mustahil terjadi atas kehendak sendiri"  - Panduan Hidup Muslim, Hamka.


Tak tipu. Semakin banyak belajar, semakin rasa tak pandai.  Makin banyak tak tahu.


Wahai Ibnu Sina, Al Farabi, Al Battani, waktu dahulu begini jugakah rasa kalian?


....
Semua milikNya . Fizik, Kimia, Biologi, dalam genggaman Allah. Eh, dan Matematik Tambahan juga. huhu. Jadi buat apa nak takut. Allah kan ada, Husna.


Jangkakan yang baik-baik. Allah kan menurut sangkaan hamba-hambanya. Ya, saya perlu banyak belajar buang tanggapan negatif pada diri sendiri. 
*Syuhh, syuhh.


Yup, baik kak!  Tajdid niat. Renew. Renew. Innamal 'amaalu binniat.


Pesan mama tercinta, " Kalau orang lain boleh, mengapa tidak kita."
Sambil mengulang-ulang kisah susah mencari ilmu sewaktu zamannya. Dan semangat hidup yang saya kira jarang dimiliki manusia era ini. 


Ayah juga berulang kali mengingatkan,
"Kita belajar untuk beri manfaat pada Islam. Orang bukan Islam makin maju, dengan ilmu, insyaallah kita bakal setanding."


Oh, saya pinjam. Memang sentap membacakan ini.



Kita buat bukan nak tunjuk hebat,
tapi untuk beri manfaat.
-Prof Dr Muhaya Muhamad


Saya mengajak diri. Bukan mengejar cita-cita semata. Tapi, cita-cita tanpa meninggalkan makna.
Untuk itu Ya Allah, berkatilah.
Rabbana zidna 'ilman warzuqna fahman.

_____________



healing 1- Kalaupun saya bukan siapa-siapa di bumi itu. Peranan mengekalkan tarbiyyah itu tetap masih. Dan akan kekal hingga hujungnya. Ya , tarbiyyah itu kan tangggungjawab semua. Mari doa sama-sama.  :)


healing 2 - merasakan blog ini bakal sepi dan berhabuk sedikit untuk jangka yang lama. maaflah, ya.  




:)

Sunday, December 25, 2011

Surat khabar hari Ahad.


Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan.


Satu


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.


- 'Zahiril Adzim'


"Jangan melihat siapa dirinya, tetapi lihatlah kata-katanya",  kata Saidina Ali .
Saya kini menjadi penggemar beberapa sisi tulisan beliau. (Baca; bukan semua). heh.
Tak kurang mantap. Ber-isi.
Semogalah tulisannya selalu berisi. Selamat membimbing si isteri juga. :)


Dua

Oh, ya. Saya juga membaca berita-berita panassensasi yang up-to-date. Kisah-gosip-kontroversi-kahwincerai-saman-royalti-pecahpanggung yang bersepah di surat khabar hari ahad tuh. Saya kira, info-info camni berguna.


Contoh. Saya baru berkenalan dengan Syila. Kawan baru dari Bandar. Khabarnya dia sekolah antarabangsa. Jadi, wajar tak kalau saya berbual bercerita mengenai kosep hudud, haram buka aurat, siksaan kubur dan sebagainya sebagai intro taaruf kami.


Ya, mungkin juga boleh. Tapi saya lebih yakin dia akan terkejut dan sukar menerima.Saya rasa dia lebih selesa untuk berbincang mengenai apa yang dia suka. Dan jika waktu itu saya seorang yang kontang maklumat. Saya mungkin kehilangan mad'u.
*Melepas.


Mempersiapkan diri dengan isu semasa dunia seni juga penting. Ha, paling kurang kita mampulah meng-ia atau menidakkan. Kadang-kadang dengan cara itu kita mampu membina ukhwah dengan mereka. :)


" Friendships starts when your friend has something that as same as yours". Kata Cikgu Bahasa Inggeris saya.


Tak selamanyalah perlu meng-ia-kan. Yang bengkok perlu juga diluruskan. Yang kabur perlu dibuat pencerahan. Dan saya kira,  di situlah peranan kita.


Tiga


Tadi saya selak-selak surat khabar hari ahad saiz yang paling kecik. Baca.


" Oh. Baguslah. "


Karyawan Mansor Puteh.


Pesta Filem Antarabangsa Fajr. Februari depan. Hanya sah untuk filem yang halal dan tidak menayangkan khayalan. Alhamdulillah.


Wah, wah. Ada penyertaan dari Malaysia. Mansor Puteh dengan Writing In The Sand. 
Selamatlah ya.


-Baca lagi.


healing 1 - Hari ni hari terakhir RIS 2011. Moga satu hari...  :)
healing 2 -  Alhamdulillah.  Tak lagi menonton filem di panggung. Setelah membaca fatwa Dr. Yusuf Al Qardhawi. Ada dalam Kitab Al- Halal Wal Haram Fil Islam. Lihat sini. Alternatif lain - internet. :)


Doakan saya istiqamah. :)



Tuesday, December 13, 2011

I saw a boy with eyes of blue.



In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful











Later that day on my way, I saw a boy with eyes of blue.
He watched the other children play; he did not know what to do.

I stopped a moment, then I said, "Why don't you join the others, dear?"
He kept on looking straight ahead and then I knew he could not hear.
Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears to hear the world and world is mine.

With legs to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset glow.
With ears to hear what I'd know
Oh the world is mine

I stopped for a moment, just look how much I have
Everywhere, in all our lives, these are His signs



Lirik penuh, lihat sini.

Mulanya oleh Zain Bikha. Agak rancak, tapi masih awesome. Dengar kat sini.
Lepastu Ahmed Bukhatir nyanyi, lebih slow. Tapi memang gugurkan jantung. 
Nangis lepas tu.

Kita lupa. Selalu.
Kita miliki. Sedang mereka tidak.
Tapi, tapi. Masih mengeluh.


"... aku menangis kehilangan kasut, sehinggalah aku bertemu orang yang tidak berkaki. " 




Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan? (Ibrahim 14:28)


Maka, mari syukuri apa yang ada di tangan. Bukan yang kita angan-angankan.  
Fastaqim. 

______________________________________
Terima kasih Asyihah. As you suggested. :)
 

Wednesday, December 7, 2011

CCTV.


Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan





Kadang-kadang kita lupa kan yang kita ni selalu dilihat.
Oleh Tuhan Yang Paling Atas.


Hukhuk. 
Pengalaman yang terkena pada pipi sendiri. Rasanya ramai juga yang dah rasa ni. 


Hari ni saya habiskan masa di perpustakaan negeri yang baru *dan sangat best . Jumpa teman-teman lama. Juga mintak budi baik mereka mengajarkan saya Bahasa Arab gara-gara rasa ketinggalan jauh dengan mereka. Heh. 


Sampai-sampai, ramai orang.
Lalu, kami pun memilih meja yang paling strategik. Agak-agak takde orang kacau dan tak bising. Ehemm, juga jauh dari kaunter. *librarians susah datang kacau. haha. 
Habit saya, makan masa belajar. Hilang ngantuk, hilang bosan. Biasalah, makanan ringan yang sihat. (?) 


Tanpa rasa bersalah, saya hidangkanlah makanan dan minuman *penyegar minda*   , kat atas meja kami. Makan- bincang- minum- belajar. Masa tu, memang tau salah. Eheh, buat do no je lah. Bukan ada orang lain kat sini. 




Beberapa jam kemudian.
'
'

"Maaf ye dik, ni semua atas meja ni adik punye ke?."
"A'ah." 
"Ni untuk pengetahuan adik ye, makanan dan minuman memang dilarang ye di sini."
"Err, walaupun air mineral?" * Dengan nada tak puas hati sambil menggoyang-goyangkan botol mineral.*
 Librarian mengangguk yakin. 
Kami tunduk bersalah.  Botol dan makanan *berkhasiat*  tu pun disumbat dalam beg. Err, dengan penuh rasa malu.
Librarian pun berlalu meninggalkan kami.




Satu langkah, dua langkah, librarian  berlalu. Tiba-tiba timbul rasa pelik. Macamana ye dia boleh detect penyeludupan selicik ini. Hmm, lokasi cukup strategik, bawak masuk sorok-sorok. 

"Mungkin ada cctv lah tu mana-mana."  Teman saya mengagak. 


Tupai memang pandai melompat, tapi ke tanah juga akhirnya. *dush*


Mungkin ini pelajaran besar buat kami. 
Jangankan pakcik librarian itu - mampu mengesan kejahatan kami walau apa cara. 

Inikan pula Dia.
Yang memang memegang tadbir alam. 
Yang memang pasti menguasai segala pandang dan lihat. 
Yang coverage nya memang sangat luas.

Mana mungkin cakap-pandang-baca-umpat-malas-riya' yang selalu kita rutinkan tu terlepas.
Yang baik akan dihitung. Yang jahat juga dihisab.





Sudah-sudahlah tu Husna . Hentikanlah segala penyeludupan yang entahapaapa. 


Kita ini diperhati. Jadi, hati-hati.
________________________________
Astagfirullah.


healing - Terima kasih khaulah, hanis nabihah, zahra, azlin, syahiirah, azimah, huda, 
              nabilah! Allah saja mampu membalas pengorbanan kalian. :)


Friday, December 2, 2011

Luqman Hakim.



Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan





Puisi penghargaan Ayatul Husna untuk abangnya, Khairul Azzam - KCB 2




Si adik membacakan puisi sepenuh hati, lalu sang abang menangisi.
Mengenang. Terharu. Rindu. Indah alangkah indah.


Kadang-kadang terlalu merindui itu merosak hati.
Lebih pantas kita mensyukuri.


Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.

A. Samad Said


Terima kasih abang, sbb dah jadi abang untuk lima belas tahun. Masa-masa termanis. Insyaallah, adik belajar jadi adik yang solehah, seperti kata abang dulu. Belum putus adik memanjatkan, moga reunion kita di syurga .
Ameen .



healing 1 -  Dalam KCB, adik-adik perempuan Azzam ada tiga. 
                 Dua darinya, Ayatul Husna dan Sarah. eh, eh. macam kebetulan. :)

healing 2 - Membacakan puisi-puisi di Syurga Nya tentu lebih indah. kan?


Alhamdulillah.


" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~