Friday, December 30, 2011

Buat apa nak takut.



Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan.




2012.
Dupdap. Dupdap.
Tarik nafas. Begitulah.










Bakal kembali :)
Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah. Sangatlah tak patut untuk saya sia-siakan.


"Adik-adik, kutiplah mutiara-mutiara indah yg terdapat di bumi waqafan ni. Satu hari nanti, akak percaya, kamu perlukannya."


Belumpun kata-kata keramat itu kami hadam seluruhnya. Ia bakal berpindah mulut pula. Pastinya menjadi kata-kata yang kami pula menjadi penuturnya. Untuk diri kami, juga seluruh penyambung generasi tarbiyyah. Terus kuat. Dan kuat lagi. Insyaallah. :)


Sekarang, apa yang terfikir? Huh, perihal sibuk. Saya rindukan kesibukan. Sijil Pelajaran Malaysia menjanjikan saya dengan itu.


" SPM bukanlah penamat sebenarnya. Hanya permulaan untuk sesuatu yang lebih panjang"
 - arwah abang.


Dan lagi-lagi tak patutlah kalau sibuk-sibuk semata-mata untuk tengok A berderet dalam slip kan. Jangan Husna, jangan.


" Kalau anda berbakat keilmuan, hendak menjadi sarjana, tinjaulah Tuhan dari jendela ilmu, ke dalam lapangan alam. Alam yang diatur dengan peraturan ajaib, halus dan menghairankan.   
Bertambah dalam ilmu digali, bertambah nampak keganjilan yang baru, yang tadinya belum diketahui. Bertambah yakin kita bahawa semuanya ini mustahil terjadi atas kehendak sendiri"  - Panduan Hidup Muslim, Hamka.


Tak tipu. Semakin banyak belajar, semakin rasa tak pandai.  Makin banyak tak tahu.


Wahai Ibnu Sina, Al Farabi, Al Battani, waktu dahulu begini jugakah rasa kalian?


....
Semua milikNya . Fizik, Kimia, Biologi, dalam genggaman Allah. Eh, dan Matematik Tambahan juga. huhu. Jadi buat apa nak takut. Allah kan ada, Husna.


Jangkakan yang baik-baik. Allah kan menurut sangkaan hamba-hambanya. Ya, saya perlu banyak belajar buang tanggapan negatif pada diri sendiri. 
*Syuhh, syuhh.


Yup, baik kak!  Tajdid niat. Renew. Renew. Innamal 'amaalu binniat.


Pesan mama tercinta, " Kalau orang lain boleh, mengapa tidak kita."
Sambil mengulang-ulang kisah susah mencari ilmu sewaktu zamannya. Dan semangat hidup yang saya kira jarang dimiliki manusia era ini. 


Ayah juga berulang kali mengingatkan,
"Kita belajar untuk beri manfaat pada Islam. Orang bukan Islam makin maju, dengan ilmu, insyaallah kita bakal setanding."


Oh, saya pinjam. Memang sentap membacakan ini.



Kita buat bukan nak tunjuk hebat,
tapi untuk beri manfaat.
-Prof Dr Muhaya Muhamad


Saya mengajak diri. Bukan mengejar cita-cita semata. Tapi, cita-cita tanpa meninggalkan makna.
Untuk itu Ya Allah, berkatilah.
Rabbana zidna 'ilman warzuqna fahman.

_____________



healing 1- Kalaupun saya bukan siapa-siapa di bumi itu. Peranan mengekalkan tarbiyyah itu tetap masih. Dan akan kekal hingga hujungnya. Ya , tarbiyyah itu kan tangggungjawab semua. Mari doa sama-sama.  :)


healing 2 - merasakan blog ini bakal sepi dan berhabuk sedikit untuk jangka yang lama. maaflah, ya.  




:)

12 comments:

Anonymous said...

yeah . reading this en3 feeling likes healing myself !

Unknown said...

bittaufiq fil imtihan.

zikri said...

husna...
nape akk rse cam nk lepaskn sorg adek pegi berjuang jauh2 eh..huhu (lgpon sy mmg ade adek)

klah..all the best nek f5 ni..betul tu.kutip mutiara sebyk2nye buat bekalan...

;)

najihahusna said...

> mizz miza

memang sebenarnya tengah merawat diri sendiri. alhmdulillah, kalau tempiasnya sampai. :)

najihahusna said...

>hazen

syukran.

>analisiszikri

jauh? insyaallah, doakan doakan. satu hari nanti kot. hehe.

dulu tgk akk f5. sekarang,,, huhu, cuakcuak.

insyaallah, thanks for everything sis. :)

katatelus. said...

whoa!


terubat. :)

dee are ². said...

Husna :)
Tahniah dah jadi senior. Jalankan tugas sebagai student dan orang penting sebaiknya. Thanks to ALLAH sebab bagi peluang untuk memikirkan perihal orang lain. bukan semua orang dapat. insyaALLAH. besar ganjarannya.
apapepon. Best of luck eh !

Mazni Zulkifli said...

salam , thanks follow :)

anyway , kita sukalah cara penulisan husna . just nice .

bestarian eyh ? my junior ?
sorrylah , kdg2 kita cam muka tp x igt nama . anyway , all the best untuk spm ni . its really true . perjalanan yg sebenar akn bermula after spm . so , fighting !

Anonymous said...

sebetunya, harapan itu hidup meski tiada yang menuturkan.. dan tekad itu pastikan sentiasa jadi pelengkap azam.. Allah's aways there..

najihahusna said...

>alya!

hah. alhmdulillah lah kalu terubat. jgn makin parah sudah la.

bittaufiq kawan!

najihahusna said...

> icecream

ya kak. :)
alhmdulillah. myb not just tahniah, seiring dgn takziah skali. huhu. being a senior is not as sweet as u see when u still a junior, rite. senioriti ditambah dgn prioriti yg bercambah utk adik2 pulak.

plus minus, sume tu pun jd amanah yg menggunung. dgn akademiknya yg kena seiring.

btw, thanks kak. insyaallah, doakan2. biar amanah ni betul2 ditunai. oleh saya yg masih belajar nih. heheh. :)

najihahusna said...

> kak mazni zulkifli

waalaikumusslm . ur welc . yup, bestarian, 2008 - 2011. hehe. akk senior saya. thanks for everything, kak. may Allah bless u ! :)

> anon

hmm,
saya petik dlm buku yg sdg dibaca - Penulis Yang Disayang Tuhan oleh Bahruddin Bekri,

"hidup ini begitulah, ada waktunya jiwa kita kosong dan semangat kita hilang bukan kerana kita tidak berdoa dan lupa kepada allah, tp kita tidak berusaha bagi memperolehnya kembali. "

setuju.
harapan memang selalu ada. dan tekad memang dari dulu berkawan dgn azam.

dua-dua kena seiring.
tapi, saya selalu kalah.

melakukan dan menghadapinya tak semudah menulis pakai tangan.

ia kekuatan dari dalam hati.

moga allah selalu hadirkan kekuatan itu selalu utk saya dan semua.

rabbi yassir wala tuassir. :)

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~