Sunday, December 25, 2011

Surat khabar hari Ahad.


Dengan Nama Tuhanku Yang Menciptakan.


Satu


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.


- 'Zahiril Adzim'


"Jangan melihat siapa dirinya, tetapi lihatlah kata-katanya",  kata Saidina Ali .
Saya kini menjadi penggemar beberapa sisi tulisan beliau. (Baca; bukan semua). heh.
Tak kurang mantap. Ber-isi.
Semogalah tulisannya selalu berisi. Selamat membimbing si isteri juga. :)


Dua

Oh, ya. Saya juga membaca berita-berita panassensasi yang up-to-date. Kisah-gosip-kontroversi-kahwincerai-saman-royalti-pecahpanggung yang bersepah di surat khabar hari ahad tuh. Saya kira, info-info camni berguna.


Contoh. Saya baru berkenalan dengan Syila. Kawan baru dari Bandar. Khabarnya dia sekolah antarabangsa. Jadi, wajar tak kalau saya berbual bercerita mengenai kosep hudud, haram buka aurat, siksaan kubur dan sebagainya sebagai intro taaruf kami.


Ya, mungkin juga boleh. Tapi saya lebih yakin dia akan terkejut dan sukar menerima.Saya rasa dia lebih selesa untuk berbincang mengenai apa yang dia suka. Dan jika waktu itu saya seorang yang kontang maklumat. Saya mungkin kehilangan mad'u.
*Melepas.


Mempersiapkan diri dengan isu semasa dunia seni juga penting. Ha, paling kurang kita mampulah meng-ia atau menidakkan. Kadang-kadang dengan cara itu kita mampu membina ukhwah dengan mereka. :)


" Friendships starts when your friend has something that as same as yours". Kata Cikgu Bahasa Inggeris saya.


Tak selamanyalah perlu meng-ia-kan. Yang bengkok perlu juga diluruskan. Yang kabur perlu dibuat pencerahan. Dan saya kira,  di situlah peranan kita.


Tiga


Tadi saya selak-selak surat khabar hari ahad saiz yang paling kecik. Baca.


" Oh. Baguslah. "


Karyawan Mansor Puteh.


Pesta Filem Antarabangsa Fajr. Februari depan. Hanya sah untuk filem yang halal dan tidak menayangkan khayalan. Alhamdulillah.


Wah, wah. Ada penyertaan dari Malaysia. Mansor Puteh dengan Writing In The Sand. 
Selamatlah ya.


-Baca lagi.


healing 1 - Hari ni hari terakhir RIS 2011. Moga satu hari...  :)
healing 2 -  Alhamdulillah.  Tak lagi menonton filem di panggung. Setelah membaca fatwa Dr. Yusuf Al Qardhawi. Ada dalam Kitab Al- Halal Wal Haram Fil Islam. Lihat sini. Alternatif lain - internet. :)


Doakan saya istiqamah. :)



5 comments:

Unknown said...

satu,

betul. kepada orang berdosa kita tak boleh meninggi diri, inikan mengutuk-mengeji.

andai satu hari dia bertaubat, dia seperti bayi kecil. suci dan bersih dari dosa, yang tentunya lebih mulia dari kita.

dua,

saya pernah hadiri seminar. orang yang baru nak kenal Islam lagi selalunya sebab orang yang memberi imej yang 'berat' kepada mereka.

ceritakan dahulu tentang yang 'mahu mereka dengar' sebelum 'yang perlu mereka tahu'.

najihahusna said...

> hazen

setuju.

"ceritakan dahulu tentang yang 'mahu mereka dengar' sebelum 'yang perlu mereka tahu'. "

setiap org juga punya cara berbezabeza untuk menautkan ukhwah,

terima kasih berkongsi.

hai :) said...

zahiril adzim. menarik. :D
terima kasih perkenalkan. :)

najihahusna said...
This comment has been removed by the author.
najihahusna said...

> kak hanisamalina

yup. samasama. :)
menarik.
at least, kefahaman dia pd islam tu ada.
dan insyaallah,
bertambah dan semakin baik.
doakan sajalah. :D

" Seseorang itu bukan diketahui HEBAT apabila orang lain bertanya;

SIAPA BAPAMU?? , tetapi apabila orang lain bertanya SIAPAKAH DIRIMU?? "

~Sultan Muhammad Al Fateh~